Pengenalan


Gambar Chef semasa kecil darjah 1 di Sekolah Rendah Khas, Jalan Pasir Puteh,Perak.

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatu
Selamat Datang Ke Sweet Buns & Sweet Cakes Bakery yang telah ditubuhkan pada bulan Februari 2007. Sejak kecil saya suka membantu didalam masakan. Saya mendapat pendidikan dan memperolehi sijil masakan kemahiran masakan pada tahun 2004. Saya belajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam, Selangor. Saya menyambung pelajaran dalam sijil kemahiran hotel & katering pada 2004 hingga 2006 di Politeknik Johor Bahru. Saya balik ke ipoh dan mula bekerja makan gaji. Disamping itu saya juga mengikuti kelas roti, kek, puff, muffis, biskut raya, fancy cookies, puding dan sebagainya. Saya juga membuat roti untuk di hantar ke kilang-kilang, kedai kek sudah hampir 7 tahun. Sekarang saya menjadi tenaga pengajar oku kepada pelajar - pelajar yang nak belajar. Pelajar - pelajar akan cuba membuat kek, roti, puff, dan lain - lain. Memang sedap. Saya banyak belajar dari resepi chef dari Selangor, Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain. Nanti saya akan mengajar kepada pelajar - pelajar apa yang telah saya pelajari dari chf-chef yang terkenal itu. Selamat Mencuba….Semoga Berjaya….Jangan putus asa. ….Tahun depan, nanti saya akan adakan kelas masakan western food, masakan thai, nasi ayam special dan lain - lain lagi.

Terima Kasih…kepada semua saudara, rakan - rakan yang ingin belajar dari Sweet Buns & Sweet Cakes Bakery.

 


Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Hotel dan Katering)


Sijil Kemahiran Malaysia (Pembantu Penyelia Makanan tahap Satu)

Facebook Page

 

Hubungi Kami

Sweet Buns & Sweet Cakes Bakery
No 24, Hala Meru Damai 5,
Halaman Meru Damai,
Bandar Meru Raya
Ipoh

017-5111283(Syed) / 017-5409116(Kak Siti)

 

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.